Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kajian tinjauan penerapan kemahiran generik melalui penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM

Mohamed Said, Nihra Haruzuan and Embong, Nurulhakimah (2011) Kajian tinjauan penerapan kemahiran generik melalui penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia Pendidikan, UTM. unspecified . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
120Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti penerapan kemahiran generik melalui penggunaan e-pembelajaran. Faktor yang dikaji adalah tahap penggunaan e-pembelajaran, tahap kemahiran generik dan hubungan kemahiran generik dengan penggunaan e-pembelajaran. Responden kajian ini terdiri daripada 83 orang pelajar tahun akhir Jabatan Multimedia Pendidikan (SPT, SPK, SPP), UTM sesi 2006/2007. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada 36 item soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = 0.95. Dapatan kajian secara keseluruhannya menunjukkan, tahap penggunaan e-pembelajaran dan tahap kemahiran generik berada pada tahap yang tinggi. Manakala hubungan kemahiran generik dengan penggunaan e-pembelajaran mempunyai hubungan yang sederhana. Di akhir kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan untuk meningkatkan kemahiran generik melalui penggunaan e-pembelajaran di kalangan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tinjauan, penerapan kemahiran generik, e-pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12009
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 04:32
Last Modified:16 Feb 2011 04:32

Repository Staff Only: item control page