Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian matapelajaran analisis nyata pelajar tahun akhir SPT dan SPM Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Haruzuan, Mohd Nihra and Ibrahim, Nurul Azilah (2011) Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian matapelajaran analisis nyata pelajar tahun akhir SPT dan SPM Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
94kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata pelajar. Seramai 107 orang responden yang terdiri daripada pelajar-pelajar tahun akhir Sarjana Muda Sains Komputer Serta Pendidikan (Matematik) dan Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Matematik) di Universiti Teknologi Malaysia yang terlibat dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan ialah set borang soal selidik yang menggunakan pemeringkatan Skala Likert dan dianalisis menggunakan perisian SPSS (Statistic Package for Social Science) untuk mendapatkan nilai statistic dalam bentuk frekuensi, peratus dan purata. Purata taburan peratus dikelaskan kepada tiga tahap iaitu tinggi, sederhana dan rendah. Nilai alpha yang diperolehi adalah 0.954. Hasil kajian mendapati faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata pelajar berada pada tahap sederhana. Faktor-faktor yang terlibat adalah faktor isi pelajaran Analisis Nyata, faktor pengetahuan sedia ada, faktor minat, faktor teknik belajar dan faktor rakan sebaya. Kajian ini mendapati faktor rakan sebaya merupakan faktor dominan yang mempengaruhi pencapaian Analisis Nyata.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:faktor, pencapaian pelajaran, matapelajaran analisis nyata
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12007
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 04:18
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page