Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Cadangan penggunaan realiti maya (desktop) sebagai bahan bantu mengajar dalam matapelajaran Kalkulus II (Graf Fungsi/Hubungan Dalam Tiga Matra) : satu kajian terhadap pelajar tahun 2 SPT, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

Abdullah, Zaleha and Omar, Nurhidayah (2011) Cadangan penggunaan realiti maya (desktop) sebagai bahan bantu mengajar dalam matapelajaran Kalkulus II (Graf Fungsi/Hubungan Dalam Tiga Matra) : satu kajian terhadap pelajar tahun 2 SPT, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
113kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mencadangkan penggunaan realiti maya (desktop) sebagai bahan bantu mengajar dalam matapelajaran Kalkulus II (Graf Fungsi/Hubungan dalam Tiga Matra) di peringkat universiti. Terdapat lima objektif yang ingin dicapai. Pertama, mengkaji kefahaman pelajar tentang realiti maya serta penggunaannya dalam bidang pendidikan. Kedua, mengkaji masalah yang dihadapi oleh pelajar dalam pembelajaran topik Graf Fungsi/Hubungan dalam Tiga Matra manakala objektif ketiga ialah mengkaji perspektif pelajar tentang kesesuaian penggunaan realiti maya dalam topik ini. Seterusnya, objektif keempat dan kelima ialah mengkaji hubungan antara keputusan yang diperoleh dalam Kalkulus I dengan masalah yang dihadapi dalam Kalkulus II (Graf Fungsi/Hubungan dalam Tiga Matra) serta hubungan antara keputusan yang diperoleh dalam Kalkulus I dengan perspektif pelajar tentang kesesuaian penggunaan realiti maya sebagai bahan bantu mengajar dalam Kalkulus II (Graf Fungsi/Hubungan dalam Tiga Matra). Untuk mencapai objektif tersebut, borang soal selidik menggunakan 5 mata skala Likert telah diedarkan. Seramai 40 orang pelajar tahun 2SPT telah terlibat dalam kajian ini. Nilai kebolehpercayaan alat kajian ialah ? = 0.86. Data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan pakej “Statistic Package for the Social Science (SPSS) 10.0 for Windows”. Analisis data kajian menggunakan kekerapan, peratusan, min dan jadual silang. Hasil kajian menunjukkan bahawa realiti maya memang sesuai dijadikan sebagai bahan bantu mengajar dalam matapelajaran Kalkulus II (Graf Fungsi/Hubungan dalam Tiga Matra). Purata min keseluruhan ialah 3.86 iaitu berada pada tahap tinggi. Oleh itu, adalah diharapkan agar realiti maya benar-benar dapat diaplikasikan dalam matapelajaran Kalkulus II (Graf Fungsi /Hubungan dalam Tiga Matra) kerana dapat meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya dapat melahirkan pelajar yang berfikiran kritis dan kreatif selaras dengan kehendak pendidikan negara.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:realiti maya, bahan bantu mengajar (BBM), Kalkulus II
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:12006
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:16 Feb 2011 04:15
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page