Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia

Noordin, Shaharom and Lockman, Nur Laili (2011) Tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
67kB

Abstract

Penguasaan pelajar tentang Kemahiran Proses Sains telah mendapat perhatian dalam kalangan penyelidik dalam bidang pendidikan Sains. Dalam kajian ini, dua KPS telah dikaji iaitu kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah dalam kalangan pelajar Pendidikan Kimia, Fakulti Pendidikan, UTM. Terdapat dua pembolehubah bebas dalam kajian ini iaitu jantina dan program pengajian. Seramai 84 orang pelajar Pendidikan Kimia terlibat sebagai responden kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan dan alat kajian yang digunakan ialah Ujian Pencapaian Kemahiran Proses Sains. Terdapat 10 soalan objektif aneka pilihan jawapan dan empat soalan struktur. Analisis Statistik Deskriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan telah digunakan dalam menganalisis data kajian ini. Tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah secara keseluruhannya adalah sederhana. Daripada dapatan kajian, mendapati bahawa tahap penguasaan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah merentas jantina dan program pengajian masing-masing adalah sederhana. Ini menunjukkan penerapan kemahiran meramal dan kemahiran mengawal pembolehubah masih kurang mencukupi dalam pengajaran dan pembelajaran ini memberikan kesan ke atas pencapaian mereka untuk menguasai Kemahiran Proses Sains.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tahap penguasaan, pelajar, kemahiran proses Sains, penyelidik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11986
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:33
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page