Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi perisian Microsoft Visual Basic 6.0

Yahaya, Noraffandy and Salleh, Nur Fazila (2011) Modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi perisian Microsoft Visual Basic 6.0. unspecified . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
181Kb

Abstract

Pembelajaran bermodul (PB) seperti Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) merupakan satu kaedah pengajaran yang bersesuaian dan berkesan untuk memastikan para pelajar menguasai pembelajaran dengan lebih baik. Justeru itu, pembangun telah mangambil inisiatif untuk membangunkan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) bagi perisian Microsoft Visual Basic 6.0 sejajar dengan keperluannya di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Dengan MPK ini, pelajar dapat belajar mengikut kemampuan sendiri. Selain itu, MPK ini dibangunkan adalah sebagai bahan rujukan tambahan pelajar semasa pembelajaran amali di dalam makmal selain daripada pelajar boleh mempelajari perisian Microsoft Visual Basic 6.0 pada bila-bila masa mengikut kemampuan sendiri. Penggunaan Teori Beban Kognitif juga dapat memberikan kesan pembelajaran yang baik dimana modul ini menekankan visualisasi berbanding teks yang panjang dalam proses pembelajarannya. Oleh itu, pembinaan modul pembelajaran ini diharap dapat mengurangkan beban kognitif di kalangan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul pembelajaran kendiri (MPK), pembelajaran bermodul (PB)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11984
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:29
Last Modified:10 Feb 2011 02:29

Repository Staff Only: item control page