Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan pendidikan jarak jauh dengan pencapaian akademik pelajar SPACE Universiti Teknologi Malaysia.

Hee, Jee Mei and Suraimi, Nurazwin (2011) Hubungan kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan pendidikan jarak jauh dengan pencapaian akademik pelajar SPACE Universiti Teknologi Malaysia. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
71kB

Abstract

Laporan berkenaan hasil kajian yang dijalankan untuk mengukur tahap kepuasan terhadap teknologi pengajaran dan pembelajaran, interaksi pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan ; dan mengkaji hubungan kepuasan pelajar terhadap perlaksanaan pendidikan jarak jauh dengan pencapaian akademik pelajar SPACE Universiti Teknologi Malaysia. Kajian ini melibatkan seramai 317 responden yang terdiri daripada pelajar Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam), Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Sains) dan Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Matematik), Fakulti Pendidikan menggunakan persampelan tidak rawak jenis bertujuan. Kajian ini berbentuk kajian tinjauan deskriptif menggunakan soal selidik jenis skala likert 5 mata bagi mengukur empat elemen yang tersebut diatas. Data dianalisis menggunakan perisian komputer Statistical Package for Sosial Science (SPSS) versi 14.0 menggunakan kekerapan, peratus, min dan korelasi pearson-r. Dapatan kajian menunjukkan kepuasan pelajar tinggi terhadap interaksi pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan, tetapi sederhana terhadap teknologi pengajaran dan pembelajaran. Tiada hubungan antara teknologi pengajaran dan pembelajaran, interaksi pensyarah, penilaian pembelajaran dan perkhidmatan sokongan dengan pencapaian akademik. Ini menunjukkan walaupun tahap kepuasan pelajar berada pada tahap tinggi, tahap kepuasan mereka tidak ada kaitan dengan pencapaian akademik. Laporan ini diakhiri dengan cadangan untuk mempertingkatkan mutu perlaksanaan pendidikan jarak jauh dan cadangan kajian lanjutan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kepuasan pelajar, pendidikan jarak jauh, pencapaian akademik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11982
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:26
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page