Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Hubungan antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah

Mohd Kosnin, Azlina and Cheman, Noryati (2011) Hubungan antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
62kB

Abstract

Kajian ini berbentuk deskriptif bertujuan untuk mengenal pasti hubungan antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah. Secara khususnya, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap stres kerja dan tahap kepuasan kerja. Seramai 73 orang responden dipilih secara rawak dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data dikumpul melalui set soal selidik. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package For Social Science) versi 12.0 untuk mendapatkan hasil kajian dalam bentuk frekuensi, peratusan, min, sisihan piawai (SD) dan Korelasi Pearson. Kajian rintis telah dijalankan dalam kalangan 15 orang guru-guru besar yang mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai tidak termasuk guru-guru besar daerah Melaka Tengah untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi kajian rintis, nilai Alfa Cronbach bagi stres kerja ialah 0.89 dan nilai Alfa Cronbach bagi kepuasan kerja ialah 0.86 secara keseluruhan. Dapatan kajian sebenar berdasarkan 73 orang guru-guru besar di daerah Melaka Tengah menunjukkan stres kerja pada tahap rendah dan tahap kepuasan kerja pada tahap sederhana. Hasil analisis ujian Korelasi Pearson ialah r = - 0.55 iaitu menunjukkan terdapat hubungan negatif yang signifikan di antara stres kerja dengan kepuasan kerja dalam kalangan guru-guru besar di daerah Melaka Tengah. Beberapa cadangan tindakan dan kajian selanjutnya juga disarankan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:hubungan, stress kerja, kepuasan kerja, guru besar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11981
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:24
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page