Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru.

Hushin, Hassan and Yahya, Nurbaizura (2011) Amalan pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah, Johor Bahru. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
166kB

Abstract

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk melihat amalan pengurusan kurikulum, pengurusan keselamatan dan pengurusan kesihatan di Sekolah Rendah Islam Hidayah (SRIH). Sampel kajian terdiri daripada 68 orang guru SRIH. Soal selidik digunakan sebagai intrumen kajian. Analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat amalan pengurusan kurikulum, amalan pengurusan keselamatan dan amalan pengurusan kesihatan di SRIH. Nilai keboleh percayaan instrumen kajian ini adalah ?= 0.916. Data maklumat yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan Pakej Statistik Untuk Sains Sosial ( SPSS )Versi 14.0 serta analisis deskriptif berbentuk peratus dan min. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi pengurusan kurikulum dan pengurusan keselamatan adalah tinggi. Oleh itu jelas membuktikan bahawa semua aspek pengurusan ini diamalkan oleh pihak sekolah. Walaubagaimanapun bagi elemen pengurusan kesihatan berada pada tahap sederhana. Penyelidik mencadangkan kepada pihak sekolah untuk mempertingkatkan keberkesanan amalan pengurusan kurikulum serta keselamatan dan kesihatan di kalangan pihak sekolah dengan menubuhkan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan. Cadangan-cadangan untuk kajian lanjutan disertakan untuk tujuan penambahbaikan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:amalan pengurusan kurikulum, pengurusan keselamatan, pengurusan kesihatan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11980
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:23
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page