Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan laman web bertajuk Pengenalan Kepada Kebarangkalian 1 bagi subjek matematik tingkatan empat menggunakan teori konstruktivisme dan teori kognitif

Abdullah, Zaleha and Aziz, Nor Idayu Syhida (2011) Pembangunan laman web bertajuk Pengenalan Kepada Kebarangkalian 1 bagi subjek matematik tingkatan empat menggunakan teori konstruktivisme dan teori kognitif. unspecified . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
140Kb

Abstract

Pembangunan multimedia berasaskan web ini dibangunkan bertujuan untuk menyediakan satu kemudahan pembelajaran interaktif kepada pelajar Tingkatan Empat. Laman web pendidikan ini dibina berdasarkan huraian sukatan pelajaran KBSM bagi subjek Matematik dalam tajuk Kebarangkalian. Elemen-elemen multimedia seperti teks, audio, interaktiviti, animasi 2D dan grafik diaplikasikan di dalam laman web ini. Laman web ini dibangunkan berdasarkan kepada teori konstruktivisme di mana pelajar perlu membina idea-idea baru. Selain itu, pembangun telah menggunakan pendekatan pembelajaran secara koperatif dan individual. Model Hannafin & Peck telah digunakan sebagai model reka bentuk laman web. Perisian Notepad digunakan untuk menulis kod-kod HTML. Selain itu, perisian Macromedia Flash MX 2004 digunakan untuk menghasilkan animasi 2D dan beberapa perisian tambahan yang lain seperti Adobe Photoshop CS2, Sound Forge 7.0, Adobe Acrobat 7.0 dan Microsoft Office Word 2003. Laman ini juga menyediakan contoh-contoh klon soalan peperiksaan dan link ke laman-laman yang menyediakan pelbagai kemudahan kepada pengguna. Kesimpulannya, laman web yang baru dibina ini dapat menjadi sebagai sebuah produk tempatan yang boleh dijadikan bahan rujukan kepada pelajar dan guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:multimedia, laman web, kemudahan pembelajaran interaktif
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11978
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:17
Last Modified:10 Feb 2011 02:17

Repository Staff Only: item control page