Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengkaji hubungan di antara pencapaian akademik dengan sikap pelajar terhadap perisian multimedia yang telah dipelajari di kalangan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik, Kimia Dan Matematik) di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai

Ali, Mohd. Fadzli and Salleh, Normah (2011) Mengkaji hubungan di antara pencapaian akademik dengan sikap pelajar terhadap perisian multimedia yang telah dipelajari di kalangan pelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Fizik, Kimia Dan Matematik) di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
125kB

Abstract

Elemen asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling pergantungan positif,interaksi bersemuka,akauntabiliti individu,kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan.Dalam kajian ini, penyelidik turut mengambilkira tiga elemen kemahiran generik iaitu;kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulandan kemahiran penyelesaianmasalah yang memenuhi elemen koperatif tersebut. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungandi antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek Telekomunikasi dan Rangkaian diFakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untukmengenalpasti sejauh mana kemahiran berkomunikasidi kalangan pelajar, kerjasama pelajardalam kumpulan, kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah dan mengenalpasti sejauhmana kemahiran generik telah diaplikasikan kepada pelajar. Responden kajian ini adalah terdiridaripada 145 pelajar yang mengambil subjekTelekomunikasi danRangkaian bagi sesi2006/2007. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada 36item soalan. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalahα= 0.962. Penyelidik telahmenggunakan perisianStatistical Package for Social Science(SPSS) versi 10.0 untukmenganalisis data. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa keseluruhan min berada padatahap yang tinggi. Analisis korelasi telah dibuat dan ia menunjukkan bahawa terdapat hubungandi antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:minat, keupayaan, pandangan, perasaan, kepercayaan, pencapaian akademik, sikap pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11977
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:15
Last Modified:08 Oct 2017 04:03

Repository Staff Only: item control page