Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengkaji hubungan di antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek telekomunikasi dan rangkaian di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor

Ali, Mohd Fadzli and Salleh, Normah (2011) Mengkaji hubungan di antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek telekomunikasi dan rangkaian di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. unspecified . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
122Kb

Abstract

Elemen asas dalam pembelajaran koperatif adalah saling pergantungan positif, interaksi bersemuka, akauntabiliti individu, kemahiran koperatif dan pemprosesan kumpulan. Dalam kajian ini, penyelidik turut mengambil kira tiga elemen kemahiran generik iaitu; kemahiran komunikasi, kemahiran bekerja dalam kumpulan dan kemahiran penyelesaian masalah yang memenuhi elemen koperatif tersebut. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar yang mengambil subjek Telekomunikasi dan Rangkaian di Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, Johor. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk mengenalpasti sejauh mana kemahiran berkomunikasi di kalangan pelajar, kerjasama pelajar dalam kumpulan, kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah dan mengenalpasti sejauh mana kemahiran generik telah diaplikasikan kepada pelajar. Responden kajian ini adalah terdiri daripada 145 pelajar yang mengambil subjek Telekomunikasi dan Rangkaian bagi sesi 2006/2007. Instrumen kajian yang digunakan ialah borang soal selidik yang terdiri daripada 36 item soalan. Nilai kebolehpercayaan soal selidik adalah ? = 0.962. Penyelidik telah menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 10.0 untuk menganalisis data. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa keseluruhan min berada pada tahap yang tinggi. Analisis korelasi telah dibuat dan ia menunjukkan bahawa terdapat hubungan di antara pembelajaran koperatif (kemahiran generik) dengan kemahiran menggunakan e-pembelajaran di kalangan pelajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembelajaran koperatif, kemahiran generik, e-pembelajaran, telekomunikasi dan rangkaian
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11976
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:13
Last Modified:10 Feb 2011 02:13

Repository Staff Only: item control page