Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Hasilan Kacang Soya

Abdullah, Nor Faizah and Ismail, Sarimah (2011) Pembinaan dan Penilaian Modul Pengajaran Kendiri (MPK) Pemprosesan Hasilan Kacang Soya. unspecified . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
36Kb

Abstract

Pembinaan Modul Pengajaran Kendiri (MPK), adalah satu inovasi dalam bidang pendidikan untuk membantu pelajar belajar secara individu dalam proses pembelajaran. Kajian ini dijalankan untuk membina dan menilai MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya bagi mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan. Model yang digunakan dalam pembinaan modul adalah Model Teras Cabang (Shaharom, 1994). Isi kandungan modul adalah berdasarkan sukatan mata pelajaran pelajar tahun empat Teknologi Pemprosesan Makanan II (SPL 4112) Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Isi Kandungan modul ini telah disahkan oleh seorang pakar dalam bidang Teknologi Makanan dari Malaysian Agriculture Research Development (MARDI). Format modul pula disahkan oleh pembina Model Shaharom 1994. Alat kajian yang digunakan adalah set borang soal selidik dan set protokol temubual. Penilaian Formatif dijalankan dengan menggunakan dua peringkat iaitu Penilaian Formatif Satu dengan Satu (PFSS) dilakukan oleh tiga orang pensyarah yang mengajar mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan sementara Penilaian Formatif Kelompok Kecil (PFKK) dijalankan oleh lapan orang pelajar tahun empat yang mengambil mata pelajaran Teknologi Pemprosesan Makanan Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan Kemahiran Hidup (SPH). Data yang diperolehi dianalisis dalam bentuk peratus dan min. Hasil kajian mendapati MPK Pemprosesan Hasilan Kacang Soya yang dibina adalah sesuai dan amat sesuai pada kedua-dua peringkat PFSS dan PFKK.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembinaan, penilaian, modul pengajaran kendiri (MPK), kacang soya
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11970
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 02:00
Last Modified:01 Jan 2014 01:23

Repository Staff Only: item control page