Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Masalah pembelajaran tajuk persamaan kimia dalam konteks penyelesaian masalah di kalangan pelajar sekolah menengah

Bakar, Mohd Nor and Alias, Nor Hidayah (2011) Masalah pembelajaran tajuk persamaan kimia dalam konteks penyelesaian masalah di kalangan pelajar sekolah menengah. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
110kB

Abstract

Kajian ini bertujuan bagi mengkaji masalah pembelajaran di kalangan pelajar sekolah menengah dalam tajuk persamaan kimia. Aspek yang dikaji adalah berkaitan dengan konsep asas kimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk simbol. Kajian ini dijalankan ke atas 100 orang pelajar di empat buah sekolah menengah dalam daerah Kluang dan Johor Bahru, Johor Darul Ta’zim yang telah dipilih secara rawak. Soalan berbentuk subjektif diberikan kepada pelajar adalah berkaitan dengan persamaan kimia menggunakan instrumen soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis dengan mengira peratusan dan min untuk dibuat perbandingan menggunakan Statistik Package For The Social Science (SPSS Version 11.5) dengan nilai alpha ?= 0.797. Analisis menunjukkan bahawa kefahaman pelajar mengenai konsep persamaan kimia adalah sangat lemah. Kebanyakan daripada pelajar mempunyai masalah pembelajaran dalam persamaan kimia. Secara spesifik lagi, kajian ini mendapati bahawa pelajar mempunyai masalah pembelajaran dalam pengetahuan asas kimia, penulisan persamaan seimbang dan penukaran perkataan kepada bentuk symbol yang melibatkan persamaan kimia dalam konteks penyelesaian masalah Beberapa cadangan pengukuhan telah dicadangkan bagi mengatasi kelemahan yang dihadapi oleh pelajar. Oleh itu, guru-guru perlu peka serta mengambil kira masalah pembelajaran tersebut dalam merancang sesuatu strategi pengajaran bagi meningkatkan kefahaman pelajar dalam tajuk persamaan kimia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:masalah pembelajaran, persamaan kimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11967
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:10 Feb 2011 01:53
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page