Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).

Abdul Ghani, Faizah and Ahmad Kamil, Nina Raynelda (2011) Tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup). Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
58kB

Abstract

Kajian ini mengkaji tret personaliti dan faktor pemilihan kerjaya dalam bidang perguruan di kalangan pelajar kursus Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan (Kemahiran Hidup), Fakulti Pendidikan, UTM, Skudai, sesi 2008/2009. Kajian ini menggunakan rekabentuk korelasi berdasarkan Teori Tipologi Kerjaya Holland (1973) yang menyatakan tentang darjah kekongruenan tret personaliti. Teori Ginzberg pula digunakan bagi mengenalpasti faktor utama yang mendorong pemilihan kerjaya pelajar. Seramai 76 orang pelajar daripada tahun satu, dua dan empat SPH, sesi 2008/2009, UTM telah dipilih sebagai responden dengan menggunakan persampelan rawak berlapis. Alat kajian Self-Directed Search (SDS)-From Easy (Versi terjemahan Amla, 1984) telah digunakan bagi meninjau tret personaliti responden, manakala Indeks Kongruen Iachan pula digunakan bagi mendapatkan darjah kekongruenan personaliti. Soal selidik Norlia Melawi (2000) yang mempunyai nilai Croanbach Alpha 0.7082 digunakan untuk mendapatkan faktor pemilihan kerjaya responden. Data-data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan ‘Statistical Packages for Social Sciences’ (SPSS) V16.0.1 for Windows. Analisis data deskriptif yang diperolehi menunjukkan bahawa faktor utama dalam pemilihan kerjaya responden adalah faktor persekitaran. Dapatan kajian juga menunjukkan profil personaliti keseluruhan responden SPH adalah SCR. Darjah kekongruenan bagi kod tiga huruf pengkaji menunjukkan hampir padan dengan kod tiga huruf Holland. Analisis inferensi korelasi Pearson ‘r’ digunakan untuk melihat hubungan di antara darjah kongruen tret personaliti responden dengan faktor pemilihan kerjaya responden. Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen tret personaliti dengan faktor ganjaran, manakala tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara darjah kongruen tret personaliti dengan faktor minat, keluarga dan persekitaran. Kesimpulannya, beberapa cadangan kajian lanjutan telah dikemukakan bagi mengukuhkan lagi kajian ini pada masa hadapan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tret personaliti, faktor pemilihan kerjaya, perguruan, Kemahiran Hidup
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11961
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Feb 2011 02:31
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page