Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua di dua buah sekolah menengah di daerah Kluang,Johor.

Yasin, M.Al-Muz-Zammil and Sarjuni, Noor Khaironisa’ (2011) Persepsi guru terhadap gaya kepimpinan pengetua di dua buah sekolah menengah di daerah Kluang,Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
41kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti gaya kepimpinan pengetua di dua buah sekolah menengah di Kluang, Johor. Sejumlah 135 orang responden dilibatkan untuk menjawab soal selidik yang mempunyai 30 item, yang dibina berdasarkan konsep gaya kepimpinan menurut Goleman(2000). Nilai pekali kebolehpercayaan Alpha Cronbach intrumen yang dihasilkan ialah 0.942. Manakala, nilai pekali Alpha Cronbach bagi dimensi yang dikaji adalah 0.748 (teladan), 0.851 (latihan), 0.867 (gabungan), 0.866 (demokratik), 0.913 (autoritatif) dan 0.529 (paksaan). Analisis statistik dilakukan untuk mendapatkan nilai frekuensi dan min dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 13.0. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan gaya kepimpinan autoritatif berada tahap tinggi, diikuti oleh gaya gabungan,demokratik,latihan, teladan dan paksaan. Adalah diharapkan pengkaji akan datang dapat menjalankan kajian lanjutan bertujuan memperbaiki soal selidik yang telah dibangunkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru, gaya kepimpinan pengetua
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11956
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Feb 2011 01:43
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page