Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi perisian macromedia authorware 7 berasaskan teori konstruktivisme

Junaidi, Juhazren and Misrom, Noor Suhaily (2011) Pembinaan modul pembelajaran kendiri (MPK) bagi perisian macromedia authorware 7 berasaskan teori konstruktivisme. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
90kB

Abstract

Pembangunan Modul Pembelajaran Kendiri (MPK) pada masa kini banyak membantu pelajar dalam mempelajari sesuatu topik secara sendiri. Justeru itu, pengkaji telah mengambil inisiatif untuk membangunkan MPK bagi topic Interaktiviti dalam Bahasa Gubahan Bahagian 1 dan 2 serta Pembinaan Beberapa Jenis Soalan bagi subjek Bahasa Gubahan Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Objektif MPK ini dibina adalah supaya pelajar boleh menggunakannya untuk mempelajari perisian Macromedia Authorware 7 pada bila-bila masa mengikut kebolehan dan kemampuan sendiri. MPK ini juga dibina untuk memenuhi keperluan MPK yang bercirikan tempatan dengan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. MPK ini dibangunkan berdasarkan model ADDIE dan Model Modul Teras Cabang Shaharom. Selain itu MPK ini juga mengaplikasikan teori konstruktivisme dan pendekatan pembelajaran berasaskan masalah (PBL). Penilaian ke atas MPK ini telah dijalankan secara tidak formal. Oleh itu pembinaan MPK ini diharap dapat membantu pengguna dalam mempelajari dan menguasai penggunaan Macromedia Authorware 7 dengan lebih jelas dan mudah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul pembelajaran kendiri (MPK), perisian Macromedia Authorware 7, teori konstruktivisme
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11955
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Feb 2011 01:36
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page