Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan perisian multimedia berbantukan komputer berasaskan simulasi bagi eksperimen Kimia tingkatan lima : kadar tindak balas

Mohd Said, Mohd Nihra Haruzuan and Abd Rahman, Noor Azizah (2011) Pembangunan perisian multimedia berbantukan komputer berasaskan simulasi bagi eksperimen Kimia tingkatan lima : kadar tindak balas. unspecified . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
213Kb
[img]
Preview
PDF
213Kb

Abstract

Tujuan projek ini adalah untuk membina sebuah perisian yang bertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berbantukan Komputer Berasaskan Simulasi Bagi Eksperimen Kimia Tingkatan Lima : Kadar Tindak Balas. Perisian ini dibina dengan perisian Macromedia Authorware 7.0 dan perisian sokongan lain seperti Macromedia Flash Professional 8 dan Adobe Photoshop CS. Selain itu, elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio juga diselitkan supaya boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menghiburkan. Dalam pembinaan perisian ini, model ADDIE dijadikan dasar bagi pembangunan. Perisian yang telah dibina kemudiannya dipakejkan dan disebarkan dalam bentuk CD-ROM (Compact Disk-Read Only Memory). Diharap dengan pembinaan perisian ini boleh membantu pengguna dalam memahami dan menguasai eksperimen dalam subtopik Kadar Tindak Balas Tingkatan 5 dengan baik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:perisian, pembangunan perisian multimedia, simulasi, eksperien kimia
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11954
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Feb 2011 01:25
Last Modified:10 Feb 2011 01:38

Repository Staff Only: item control page