Mohd Said, Mohd Nihra Haruzuan and Abd Rahman, Noor Azizah (2011) Pembangunan perisian multimedia berbantukan komputer berasaskan simulasi bagi eksperimen Kimia tingkatan lima : kadar tindak balas. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)
|
PDF
218kB | |
|
PDF
218kB |
Abstract
Tujuan projek ini adalah untuk membina sebuah perisian yang bertajuk Pembangunan Perisian Multimedia Berbantukan Komputer Berasaskan Simulasi Bagi Eksperimen Kimia Tingkatan Lima : Kadar Tindak Balas. Perisian ini dibina dengan perisian Macromedia Authorware 7.0 dan perisian sokongan lain seperti Macromedia Flash Professional 8 dan Adobe Photoshop CS. Selain itu, elemen multimedia seperti teks, grafik, animasi dan audio juga diselitkan supaya boleh mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menghiburkan. Dalam pembinaan perisian ini, model ADDIE dijadikan dasar bagi pembangunan. Perisian yang telah dibina kemudiannya dipakejkan dan disebarkan dalam bentuk CD-ROM (Compact Disk-Read Only Memory). Diharap dengan pembinaan perisian ini boleh membantu pengguna dalam memahami dan menguasai eksperimen dalam subtopik Kadar Tindak Balas Tingkatan 5 dengan baik.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | perisian, pembangunan perisian multimedia, simulasi, eksperien kimia |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11954 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 08 Feb 2011 01:25 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page