Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keperluan mewujudkan jawatan pembantu bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru: satu tinjauan

Mohd Tahir, Lokman and Mohd Nasir, Noor Aishah (2011) Keperluan mewujudkan jawatan pembantu bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru: satu tinjauan. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
56kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengetahui keperluan mewujudkan jawatan pembantu bengkel di tiga buah sekolah menengah teknik di daerah Johor Bahru. Seramai 70 orang guru dari semua kursus yang mengajar amali di bengkel telah dipilih sebagai responden kajian ini. Kajian ini dijalankan dengan mengedarkan satu set soal selidik kepada responden. Data telah dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan program Statistical Package For Social Sciences ( SPSS ) 13.0 for windows dan secara manual. Kajian rintis telah dijalankan terhadap 10 orang guru yang mengajar matapelajaran amali di Sekolah Menengah Teknik Juaseh Kuala Pilah di Negeri Sembilan untuk menguji kebolehpercayaan instrumen kajian dan nilai didapati adalah 0.853. Tujuan projek ini dijalankan secara ringkasnya ialah untuk mengetahui sejauhmana keperluan jawatan baru ini dapat membantu menyelesaikan beberapa masalah yang berhubungkait dengan pengurusan bengkel, pengurusan masa, beban tugas guru dan juga pengawalan disiplin pelajar. Segala maklumat mengenai tanggapan guru-guru terhadap aspekaspek yang dikaji diperolehi melalui soal selidik yang telah dilengkapkan oleh mereka. Cadangan yang diberikan mengikut aspek yang dikaji adalah pihak sekolah perlu peka iaitu memikirkan kepentingan mewujudkan jawatan baru dalam membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh guru-guru. Hasil penganalisian terhadap data ini menunjukkan bahawa secara keseluruhannya responden mempunyai tanggapan positif terhadap cadangan mewujudkan jawatan pembantu bengkel di sekolah menengah teknik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pembantu bengkel
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11953
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:08 Feb 2011 01:20
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page