Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM

Abd. Ghani, Faizah and Zakaria, Mustafa (2011) Profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM. UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
64kB

Abstract

Kajian ini mengkaji profil personaliti dan faktor pemilihan profesion perguruan di kalangan pelajar kejuruteraan Fakulti Pendidikan UTM. Kajian ini menggunakan reka bentuk jenis kolerasi berdasarkan kerangka Teori Tipilogi Kerjaya Holland (1973). Sebanyak 40 responden telah dipilih menggunakan persampelan purposif atau bertujuan. Terdapat tiga jenis soal selidik yang digunakan dalam kajian ini. Soal selidik Norlia Melawi (2000) pada bahagian B yang mempunyai nilai Cronbach alpha 0.89 digunakan bagi mendapatkan faktor pemilihan kerjaya perguruan responden, manakala soal selidik pada bahagian C mempunyai nilai Croanbach alpha 0.85 hingga 0.97 (Amla, 1992). Analisis deskriptif menunjukkan faktor utama dalam pemilihan profesion perguruan adalah faktor minat, diikuti dengan faktor ganjaran dan faktor dorongan. Selain itu, dapatan kajian menunjukkan keseluruhan responden memperolehi kod tiga huruf SCR yang hampir padan dengan kod tiga huruf Holland iaitu SER. Indek Kongruen Iachan menunjukkan 52.5% daripada jumlah keseluruhan responden mempunyai tahap padanan yang baik antara darjah kongruen personaliti mereka dengan bidang kursus kejuruteraan. Dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara profil personaliti dengan faktor minat, faktor dorongan dan faktor ganjaran yang dikaji dalam kajian ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:profil personaliti, faktor pemilihan, profesion perguruan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11940
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Feb 2011 18:00
Last Modified:01 Feb 2011 18:00

Repository Staff Only: item control page