Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan unsur Sejarah Matematik dalam penyelesaian Persamaan Kuadratik, Punca Kuasa Dua dan Punca Kuasa Tiga

Kailani, Ismail and Dolzakipi, Natasha (2011) Penerapan unsur Sejarah Matematik dalam penyelesaian Persamaan Kuadratik, Punca Kuasa Dua dan Punca Kuasa Tiga. UNSPECIFIED . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
95kB

Abstract

Antara objektif matematik Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) ialah menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Dalam usaha mencapai matlamat tersebut, Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyarankan agar unsur sejarah diterapkan kepada para pelajar menerusi proses pengajaran dan pembelajaran. Kajian ini dibuat sejajar dengan matlamat tersebut iaitu untuk menerapkan unsur sejarah dalam pembelajaran matematik. Perbincangan difokuskan kepada penerapan unsur-unsur sejarah ke dalam subtopik punca kuasa dua dan punca kuasa tiga bagi matematik menengah rendah dan subtopik persamaan kuadratik bagi matematik menengah atas di samping cadangan aktiviti-aktiviti yang boleh digunakan guru dalam proses pengajaran di bilik darjah. Selain itu, perbincangan turut tertumpu kepada kaedah-kaedah sejarah yang digunakan oleh tokoh-tokoh matematik yang merangkumi pelbagai tamadun dalam menyelesaikan persamaan kuadratik, punca kuasa dua dan punca kuasa tiga. Penyelidikan yang dijalankan adalah penyelidikan pensejarahan di mana maklumat berkaitan sejarah penyelesaian persamaan kuadratik dan punca kuasa dua serta punca kuasa tiga akan dikenalpasti dan dikaji sebelum ia dijadikan cadangan sebagai kaedah alternatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik. Ada di antara kaedah-kaedah tersebut boleh dijadikan kaedah alternatif di bilik darjah di samping kaedah-kaedah sedia ada yang digunakan hari ini. Walau bagaimanapun, terdapat juga beberapa kaedah yang tidak sesuai untuk diterapkan kepada pelajar di peringkat menengah ini. Namun kaedah tersebut boleh dikemukakan sebagai sebahagian daripada hasil sumbangan tokoh matematik dalam bidang algebra ini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:unsur sejarah matematik, persamaan kuadratik, punca kuasa dua, punca kuasa tiga
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11939
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Feb 2011 17:58
Last Modified:01 Feb 2011 17:58

Repository Staff Only: item control page