Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mesin pembersih sisik ikan

Saud, Mohd Sukri and Khalid, Nazir (2011) Mesin pembersih sisik ikan. UNSPECIFIED . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
80kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu projek rekacipta Mesin Pembersih Sisik Ikan. Mesin ini direkacipta oleh pereka dan digunakan untuk membuang sisik ikan terutamanya dalam kuantiti yang banyak. Proses membuang sisik ikan adalah dengan menggunakan tenaga elektrik dan motor digunakan sebagai nadi utama mesin. Mesin pembersih sisik ikan ini adalah gabungan daripada pelbagai bahanbahan kecil yang terdapat dipasaran. Hampir 80% komponen utama pembinaannya adalah terdiri daripada bahan logam yang dibentuk mengikut spesifikasi rekacipta. Objektif utama rekacipta ini adalah bagi memperkenalkan satu lagi produk industri peralatan dapur disamping memudahkan pengguna apabila mengendalikan ikan terutama dalam kuantiti yang banyak. Selain daripada itu, pereka juga mendapatkan persepsi para peniaga ikan dan pengusaha restoran terhadap mesin ini. Pengujian yang dijalankan menunjukkan bahawa rekacipta ini mempunyai tahap ketahanan yang tinggi dan berkesan dalam menjalankan kerja membuang sisik ikan. Melalui soal selidik pula sebanyak 50 responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik dan 10 daripada 50 responden telah dipilih dalam menjalankan kajian rintis. Data yang didapati dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Pakage for the Social Science). Hasil analisa soal selidik yang didapati menunjukkan bahawa min keseluruhan ialah 3.28. Dalam kajian ini juga akan membincangkan tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang proses pembuatan mesin dan cadangan pereka turut dikemukakan bagi memperbaiki serta memantapkan lagi mutu hasil rekacipta pada masa yang akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:mesin pembersih sisik ikan, rekacipta
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11938
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Feb 2011 17:57
Last Modified:01 Feb 2011 17:57

Repository Staff Only: item control page