Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan otot tangan bagi atlet renang SUKMA Johor

Mohd Noor, Mohad Anizu and Lajewah, Mohd Nasir (2011) Keberkesanan latihan bebanan terhadap kekuatan otot tangan bagi atlet renang SUKMA Johor. UNSPECIFIED . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
65kB

Abstract

Latihan bebanan merupakan latihan rintangan yang progresif dalam membantu meningkatkan kekuatan otot. Latihan bebanan yang berkesan haruslah mempertimbangkan tiga prinsip utama iaitu halangan progresif, penumpuan latihan dan pengkhususan latihan. Kajian ini bertujuan untuk mengukur kesan program latihan bebanan ke atas kekuatan maksimum otot tangan setelah mengikuti sesi latihan selama empat minggu dengan kekerapan tiga kali seminggu di kalangan atlet – atlet renang SUKMA Johor. Seramai empat orang atlet dalam lingkungan umur 15 tahun hingga 18 tahun dipilih untuk menjadi subjek dalam kajian ini. Ujian 25 meter speed swimm digunakan sebagai alat pengukur ujian. Subjek akan menjalani ujian pra dan ujian pos dalam kajian ini. Data mentah akan diproses dengan menggunakan program “microsoft excel “ dan “ Statistical Packages For Social Science ” versi 10.0 (SPSS 10.0). Hasil dari penganalisaan data dikenal pasti terdapat perbezaan yang signifikan terhadap kekuatan maksimum otot tangan dalam ujian pra dan ujian pos. Ini menunjukkan bahawa latihan bebanan yang disediakan adalah memberi kesan kepada kekuatan maksimum otot tangan. Prosedur latihan yang sesuai adalah sangat penting dalam memastikan keberkesanan sesuatu latihan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:latihan bebanan, kekuatan otot tangan, atlet renang
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11937
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:01 Feb 2011 17:54
Last Modified:01 Feb 2011 17:54

Repository Staff Only: item control page