Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun tiga Pendidikan Fizik

Noordin, Shaharom and Ab. Aziz, Mohd Hairul Akmal (2011) Tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun tiga Pendidikan Fizik. UNSPECIFIED . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
159kB

Abstract

Tahap kefahaman kemahiran manipulatif dalam kalangan pelajar tahun tiga program Pendidikan Fizik telah mendapat perhatian penyelidik dengan jantina dan program pengajian adalah pembolehubah bersandar yang dikaji. Dalam konteks kajian ini, tiga aspek dalam kemahiran dikaji iaitu menggunakan dan mengendalikan radas Fizik, melakar radas Fizik dan menyimpan radas Fizik. 30 responden terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan daripada program Pendidikan Fizik, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kefahaman pelajar dalam kemahiran manipulatif ini dinamakan Ujian Pencapaian Tahap Kefahaman Kemahiran Manipulatif. Ia mengandungi 40 item berbentuk soalan objektif. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = .69 . Analsis statistik deskriptif dalam bentuk min dan sisihan lazim telah digunakan dalam tatacara menganalisis data. Secara keseluruhannya tahap kefahaman kemahiran manipulatif pelajar adalah pada tahap baik. Dapatan kajian juga menunjukkan tiada perbezaan kefahaman kemahiran manipulatif merentas jantina dan program pengajian di mana kedua-duanya berada pada tahap baik. Manakala tahap kefahaman menggunakan dan mengendalikan radas Fizik dan melakar radas Fizik adalah pada tahap baik, dan tahap kefahaman menyimpan radas Fizik pada tahap sederhana. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan panduan kepada pihakpihak tertentu bagi meningkatkan tahap kefahaman kemahiran manipulatif pelajar dalam amali Fizik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kefahaman kemahiran manipulatif, pendidikan Fizik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11932
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 16:52
Last Modified:31 Jan 2011 16:52

Repository Staff Only: item control page