Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar sekolah agama terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam : kajian di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak, Selangor

Napiah, Othman and Mohamad Rodi, Munada (2011) Persepsi pelajar sekolah agama terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam : kajian di Sekolah Menengah Al-Amin Gombak, Selangor. UNSPECIFIED . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
132kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk melihat persepsi pelajar sekolah agama terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam. Sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah Sekolah Menengah Al-Amin Gombak, Selangor. Seramai 132 orang responden telah terlibat dalam kajian ini yang dipilih secara rawak. Dalam kajian ini juga, penyelidik menggunakan set soal selidik sebagai instrumen kajian. Soal selidik ini mengandungi 30 item berbentuk soalan yang disusun berdasarkan Skala Likert. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = 0.901. Kaedah analisis statistik deskriptif telah digunakan untuk menganalisis data dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan daripada set soal selidik yang diedarkan telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0 for Windows. Secara keseluruhannya, hasil kajian menunjukkan persepsi pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam ini adalah positif dengan nilai min 4.39. Begitu juga dengan kepentingan mata pelajaran Pendidikan Islam,nilai min adalah 4.36 dan faktor-faktor penentu minat pelajar terhadap mata pelajaran Pendidikan Islam dengan nilai min 3.85, juga memberikan respond yang positif. Min keseluruhan yang diperolehi adalah 4.21 iaitu berada pada tahap tinggi. Penyelidik telah mengutarakan beberapa cadangan untuk dijadikan panduan kepada pihak-pihak tertentu untuk diambil perhatian. Diharap kajian ini dapat memberi manafaat kepada semua pihak yang terlibat.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, Pendidikan Islam
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11931
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 16:51
Last Modified:31 Jan 2011 16:51

Repository Staff Only: item control page