Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Mengkaji permasalahan guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Matematik yang menjalani latihan mengajar di sekolah

Sulaiman, Seth and Isnin, Mohd Khairul Nizam (2011) Mengkaji permasalahan guru-guru pelatih Universiti Teknologi Malaysia bagi program Ijazah Sarjana Muda Sains Dan Matematik yang menjalani latihan mengajar di sekolah. UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
107kB

Abstract

Kajian ini merupakan satu tinjauan untuk mengkaji masalah-masalah guru pelatih Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Skudai semasa menjalani latihan mengajar (LM) di sekolah. Seramai 80 orang pelajar dari tahun tiga dan empat daripada Jabatan Sains dan Matematik Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia yang telah menjalani latihan mengajar (LM) telah dipilih sebagai sampel kajian. Kajian ini adalah kajian deskriptif berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen set soal selidik. Data yang diperolehi dianalisis secara statistik deskriptif dengan menggunakan computer perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) dan secara manual. Kajian mendapati masalah yang dihadapi oleh guru pelatih adalah dari aspek masalah persekitaran dari segi tempat tinggal dan kewangan bagi tempoh 12 minggu LM. Bagi aspek penyediaan bahan pengajaran, penyediaan alat bantu mengajar (ABM) kurang memberi masalah kepada mereka. Guru pelatih didapati mengalami masalah dari aspek penyediaan buku persediaan mengajar. Perancangan bagi peruntukan masa proses pengajaran dan pembelajaran juga tidak sistematik. Guru pelatih harus memberi perhatian di dalam mengatasi masalah ini. Cadangan yang membina dikemukakan untuk mengatasi serta mengurangkan masalah yang dihadapi oleh guru pelatih semasa menjalani LM.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:permasalahan guru pelatih, latihan mengajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11930
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 16:49
Last Modified:31 Jan 2011 16:49

Repository Staff Only: item control page