Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam Matematik tahun 4: satu kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor.

Abu Bakar, Zainudin and Mat Jalil, Mohd. Rashidi (2011) Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan fakta asas darab dalam Matematik tahun 4: satu kajian di Sekolah Kebangsaan Mersing Johor. UNSPECIFIED . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
51kB

Abstract

Pendaraban atau operasi kira darab merupakan salah satu kemahiran asas matematik. Kepentingan kemahiran ini ,sekiranya tidak dikuasai oleh para pelajar pada peringkat sekolah rendah akan membantut penguasaan kemahiran-kemahiran matematik pada peringkat yang lebih tinggi.Atas kesedaran ini satu kajian telah dibuat untuk mengenal pasti perbezaan antara kaedah pengajaran fakta asas darab secara tradisional berbanding dengan kaedah petak sifir. 50 orang pelajar tahun 4 diambil sebagai sampel untuk menjalankan kajian ini. Sampel terdiri daripada dua kelas dan dua sekolah yang berbedza,iaitu satu kelas dari Sekolah Kebangsaaan Felda Tenggaroh 01 dan satu kelas dari Sekolah Kebangsaa Felda Tenggaroh 02 yang mempunyai taraf pencapaian yang hampir sama.Pelajar ini dibahagikan kepada dua kumpulan,kumpulan A menggunakan kaedah tradisional di dalam pengajarannya manakala kumpulan B pula menggunakan kaedah petak sifir.Ujian pra dan ujian pos digunakan untuk melihat perbezaan peningkatan antara dua kumpulan ini.Selepas kajian didapati peningkatan min markah kaedah tradisional ialah 19.68%,manakala kaedah petak sifir pula ialah 42.96%.Secara keseluruhannya kaedah petak sifir ini berkesan berbanding dengan kaedah tradisional. Beberapa cadangan ada dibincangkan untuk tujuan kajian akan datang.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kaedah petak sifir, fakta asas darab
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11928
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 16:46
Last Modified:31 Jan 2011 16:46

Repository Staff Only: item control page