Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar tahun empat (Perdana) Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK)terhadap program latihan industri

Tahir, Lokman and Zakaria, Mohd. Faizal (2011) Persepsi pelajar tahun empat (Perdana) Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan (JPTK)terhadap program latihan industri. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
95kB

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk meninjau persepsi pelajar tahun empat perdana di Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan terhadap latihan industri. Fokus kajian adalah tertumpu kepada empat perkara utama iaitu kerelevanan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi dari fakulti dengan kehendak industri, kemahiran generik yang diperoleh semasa latihan industri, kesesuaian penempatan latihan industri dengan bidang pengkhususan dan kerjasama pihak industri dengan pelajar yang mengikuti program latihan industri. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan 104 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tahun akhir (perdana) Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, UTM. Instrumen kajian yang digunakan mengandungi 40 item yang berdasarkan kepada skop kajian. Kebolehpercayaan soal selidik ini telah diuji dan Alfa Cronbachnya ialah 0.86. Data-data yang dikumpulseterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) for windows Version 13. Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa latihan industri memberi manfaat kepada pelajar, fakulti dan pihak industri khususnya dalam memenuhi keperluan industri dan pengetahuan serta juga memberi keyakinan kepada pelajar. Beberapa cadangan telah dibuat untuk memantapkan program latihan industri bagi membolehkan pelajar bersiap sedia untuk menjalani latihan industri kelak.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, Jabatan Pendidikan Teknikal dan Kejuruteraan, latihan industri
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11924
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 04:22
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page