Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru

Daud, Khadijah and Basiron, Mohamed Noor (2011) Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran guru penolong kanan pentadbiran semasa guru besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) Di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
129kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau persepsi guru-guru terhadap kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran di sebuah sekolah kebangsaan di daerah Johor Bahru semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Soal selidik ‘Principal Instruction Management Rating Scale’ (PIMRS) digunakan untuk meninjau tahap kepimpinan Guru Penolong Kanan Pentadbiran dalam melakukan fungsi kawal selia dan penetapan kualiti pengajaran (Dimensi 1), menjalinkan hubungan baik dengan staf (Dimensi 2) dan penyediaan sumber sokongan pengajaran dan pembelajaran (Dimensi 3). Seramai 61 orang guru telah dipilih sebagai responden kajian. Penganalisisan data dilakukan melalui kaedah deskriptif dengan menggunakan program SPSS 15.0 for Windows berdasarkan nilai min, frekuansi dan peratus. Kajian rintis bagi tujuan ini telah dilakukan di SK. Taman Mutiara Rini, Johor Bahru, Johor untuk mengenalpasti kebolehpercayaan item. Bagi instrumen ‘Principal Instruction Management Rating Scale,’ nilai pekali Alpha Cronbach ? = 0.97. Hasil kajian ini mendapati bahawa Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah melakukan fungsi Dimensi 1 pada tahap Tinggi (nilai min 3.11), Dimensi 2 pada tahap Sederhana (nilai min 2.99) dan Dimensi 3 juga pada tahap Sederhana (nilai min 2.97). Berdasarkan kepada rumusan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu pihak berkaitan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan kepimpinan pengajaran Guru Penolong Kanan Pentadbiran semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB). Kajian lanjutan untuk meningkatkan kemampuan serta keupayaan Guru Penolong Kanan Pentadbiran melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan pengajaran adalah perlu supaya ianya dapat membantu dalam pengurusan sekolah semasa Guru Besar mengikuti Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB).

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru, kepimpinan pengajaran, guru penolong kanan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11923
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 04:21
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page