Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru

Said, Hamdan and Sukor, Mohd. Ali (2011) Penyeliaan pengajaran di sekolah-sekolah kebangsaan daerah Johor Bahru. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
111kB

Abstract

Kajian yang menggunakan rekabentuk deskriptif ini bertujuan untuk meninjau pelaksanaan penyeliaan pengajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Daerah Johor Bahru. Kajian ini berfokus kepada tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran; amalan penyeliaan pengajaran di sekolah; dan implikasi penyeliaan pengajaran dalam meningkatkan professionalisme guru dari segi kualiti pengajaran, hubungan professionalisme dengan penyelia, perkongsian maklumat antara penyelia dan guru, dan bantuan daripada penyelia kepada guru dalam proses pengajaran. Satu soalselidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu telah digunakan sebagai instrument kajian ini. Seramai 340 orang guru yang dipilih secara rawak daripada 14 buah sekolah terlibat dalam kajian ini. Responden yang dipilih terdiri daripada mereka yang telah disahkan jawatan dan pernah diselia oleh guru besar atau wakilnya. Data kajian telah dianalisis menggunakan SPSS dan dilaporkan dalam bentuk peratus, min, dan kerapan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua konstruk yang dikaji mencatatkan skor min dan peratus yang tinggi. Dapatan ini menunjukkan bahawa guru-guru di Sekolah Rendah Kebangsaan beranggapan bahawa penyeliaan pengajaran membantu mereka dalam meningkatkan keberkesanan pengajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penyeliaan pengajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11922
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 04:19
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page