Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan sistem pembelajaran berasaskan web untuk mata pelajaran Matematik tingkatan satu di bawah tajuk Peratus

Hassan, Johari and Moh Khambali, Mohd Hairil (2011) Pembangunan sistem pembelajaran berasaskan web untuk mata pelajaran Matematik tingkatan satu di bawah tajuk Peratus. unspecified . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
150Kb

Abstract

Pembangunan sistem pembelajaran berasaskan web untuk mata pelajaran Matematik Tingkatan Satu di bawah tajuk Peratus ini bertujuan untuk menambah bahan pembelajaran dengan menggunakan laman web. Model reka bentuk yang diterapkan ialah model Rapid Prototype manakala strategi pengajaran adalah dalam bentuk tutorial dan kaedah eksplorasi serta kaedah penyelesaian masalah. Perisian pembangunan laman web Microsoft FrontPage 2003 digunakan kerana ia mudah dikendalikan dan berkemampuan untuk membina laman web yang interaktif. Selain itu, beberapa perisian tambahan lain seperti Adobe Photoshop, Adobe Macromedia Dreamweaver MX 2004, Adobe Macromedia Flash MX dan sebagainya turut digunakan bagi mengintegrasikan elemen-elemen multimedia ke dalam laman web ini. Pengintegrasian elemen-elemen tersebut membolehkan pelajar meneroka dan melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran. Laman web in telah disemak oleh beberapa orang pakar matematik dan multimedia untuk menentukan ketepatannya. Diharapkan agar laman web ini dapat memberikan manfaat di samping mempelbagaikan lagi kaedah pembelajaran matematik yang sedia ada untuk pelajar-pelajar di sekolah mahupun sesiapa sahaja yang ingin mempelajarinya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sistem pembelajaran, web, Matematik, Peratus
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11920
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 04:16
Last Modified:31 Jan 2011 04:16

Repository Staff Only: item control page