Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan laman web bagi matapelajaran matematik KBSM tingkatan dua bertajuk Teorem Pithagoras

Junaidi, Juhazren and Mohamad Lee, Mohamad Fozi (2011) Pembangunan laman web bagi matapelajaran matematik KBSM tingkatan dua bertajuk Teorem Pithagoras. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
222kB

Abstract

Pelaksanaan Sekolah Bestari telah membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer dan internet di mana fleksibiliti serta kepelbagaian boleh dibina dalam sistem pendidikan. Sehubungan itu, sebuah laman web Pembelajaran Berbantukan Komputer (PBK) yang bertajuk Pythagoras. Theorem, topik dalam Matematik KBSM Tingkatan Dua telah dibangunkan. Pembangunan ini merangkumi semua subtopik dalam bab Pythagoras. Theorem, iaitu the Relationship Between the Sides of a Right-Angled Triangle and the Converse of Pythagoras. Theorem. Bahasa Inggeris telah dijadikan sebagai bahasa pengantar dalam laman web ini yang dibina khusus untuk pelajar Tingkatan Dua. Gabungan elemen multimedia yang bersesuaian seperti teks, grafik dan animasi diimplementasikan untuk menarik minat dan meningkatkan keberkesanan proses pembelajaran. Strategi pengajaran tutorial digunakan dalam proses menyampaikan isi pelajaran. Model Rekabentuk Instruksi Bersistem Hannafin Dan Peck digunakan untuk dijadikan panduan dalam proses pembangunan laman web ini. Microsoft Office FrontPage 2003 digunakan sebagai perisian utama manakala Adobe Photoshop CS2 dan Macromedia Flash Professional 8 digunakan sebagai perisian sokongan. Diharapkan laman web ini dapat menggalakkan para pelajar menjalankan pembelajaran kendiri di samping mempertingkatkan lagi mutu pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:laman web, Matematik, KBSM, Teorem Pithagoras
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11919
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 04:14
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page