Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Membangunkan modul perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi tajuk Lines And Planes In Three Dimensions dalam mata pelajaran Matematik tingkatan empat

Jonid, Muslim and Mohd Noor, Mohd Azahar (2011) Membangunkan modul perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi tajuk Lines And Planes In Three Dimensions dalam mata pelajaran Matematik tingkatan empat. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
168kB

Abstract

Teknologi komputer yang semakin berkembang pesat telah menjadi satu agenda yang penting dalam kehidupan manusia pada masa kini. Pelbagai bidang termasuklah bidang pendidikan telah menjadikan penggunaan komputer sebagai salah satu elemen penting dalam meningkatkan mutu perkhidmatan. Jesteru modul perisian Bahan Bantu Mengajar (BBM) versi Bahasa Inggeris yang bertajuk Lines And Planes In Three Dimension telah dibangunkan untuk meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Tajuk ini dipilih memandangkan isi pelajarannya memerlukan daya visualisasi yang tinggi di kalangan pelajar. Penyampaian dalam bentuk animasi tiga dimensi dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya salah konsep di kalangan pelajar. Modul perisian ini dibangunkan mengikut model reka bentuk Hanaffian dan Peck yang ringkas dan mudah diurus. Perisian Microsoft Power Point 2003 merupakan perisian utama yang digunakan dalam pembinaan modul perisian bahan bantu mengajar ini. Perisian-perisian sokongan yang lain adalah seperti Adobe Photoshop CS2, Ulead 3D Production Studio, Macromedia Flash MX, Sony Sound Forge 8.0 dan Sony Vegas 5.0. Perisianperisian sokongan tersebut adalah untuk menghasilkan animasi, audio serta video yang bersesuaian untuk dimuatkan dalam modul perisian ini. Selain mengandungi isi pelajaran, modul perisian ini juga mengandungi latihan, pengetahuan am serta glosari sebagai langkah menarik minat pelajar. Modul ini dipakejkan dalam bentuk cakera padat supaya mudah dibawa dan disimpan. Fail-fail modul ini juga boleh diubahsuai oleh pengguna mengikut kesesuaian. Kandungan isi pelajaran modul adalah berdasarkan sukatan Mata Melajaran Matematik tingkatan empat yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:modul perisian, bahan bantu mengajar (BBM), Lines and Planes in Three Dimensions, Matematik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11918
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 04:12
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page