Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kesan penggunaan Kit Pengajaran Bermodul(KPB) bagi mata pelajaran Matematik (Sudut Dongak dan Sudut Tunduk) Tingkatan 4 di dua buah sekolah menegah kebangsaan di daerah Pontian, Johor

Kailani, Ismail and Rohani, Mohd Suhaidy (2011) Kesan penggunaan Kit Pengajaran Bermodul(KPB) bagi mata pelajaran Matematik (Sudut Dongak dan Sudut Tunduk) Tingkatan 4 di dua buah sekolah menegah kebangsaan di daerah Pontian, Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
102kB

Abstract

Penggunaan kaedah Pengajaran Bermodul (PB) menggunakan Kit Pengajaran Bermodul (KPB) merupakan satu inovasi dalam proses pengajaran khususnya matepelajran Matematik di Sekolah Menengah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan KPB dapat membantu mempertingkatkan minat, kerjasama dan seterusnya dapat membantu guru dalam pengajaran. Kajian ini telah dijalankan di dua buah Sekolah Menengah Kebangsaan iaitu di SMK Sri Kukup dan SMK Teluk Kerang. Sampel kajian terdiri daripada empat puluh dua orang pelajar tingkatan empat dan sepuluh orang guru matematik di kedua-dua buah sekolah. Untuk melihat keberkesanan dan kesesuaian KPB, penilaian dibuat ke atas tingkah laku pelajar yang dibahagikan dalam kumpulan-kumpulan kecil semasa aktiviti KPB dijalankan manakala instrument kajian adalah satu set soal selidik. Analisis statistik diskritif digunakan bagi tujuan menganalisis data dan ianya menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for Window Release 10.0 (SPSS) untuk mendapatkan nilai kekerapan dan peratusan. Hasil dapatan menunjukkan bahawa minat berada pada tahap yang tinggi, aspek kerjasama menunjukkan pelajar saling bantu membantu semasa melakukan aktiviti dan KPB dapat membantu guru dalam proses pengajaran. Disamping itu KPB yang dihasilkan boleh dimanfaatkan serta diubah suai lagi bagi mempertingkatkan keberkesanannya.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Kit Pengajaran Bermodul (KPB), Matematik, Sudut Dongak dan Sudut Tunduk
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11917
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:31 Jan 2011 04:11
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page