Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi guru terhadap faktor-faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen di sekolah SJK (C) zon selatan daerah Kulai Johor

Hamdan, Abdul Rahim and Kho, Bee Chin (2011) Persepsi guru terhadap faktor-faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen di sekolah SJK (C) zon selatan daerah Kulai Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
39kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen di enam buah sekolah SJK (C) Zon Selatan, Daerah Kulai. Seramai 80 orang responden, dari sekolah-sekolah tersebut dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah borang soal selidik. Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan dan persampelan dilakukan secara persampelan rawak mudah kelompok atas kelompok. Nilai kebolehpercayaan instrument adalah 0.89. Data-data yang dikumpulkan dianalisis secara perisian Statistical Package for Social Scinece (SPSS 11.5 for Windows). Statistik deskriptif iaitu kekerapan dan min digunakan untuk menganalisis tahap faktor yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen. Dapatan kajian menunjukkan bahawa faktor ibu bapa merupakan faktor terutama yang mendorong pelajar ke kelas tuisyen, dengan purata min 3.68 iaitu pada tahap yang tinggi. Faktor kendiri merupakan faktor yang kedua pentingnya dengan min keseluruhan 3.18 iaitu pada tahap sederhana, manakala faktor rakan sebaya pula mencatat min keseluruhan 3.02, dan juga pada tahap sederhana. Dapatan kajian juga menunjukkan persepsi guru-guru terhadap sebab utama ibu bapa menghantarkan anak-anak ke kelas tuisyen kerana mereka mementingkan prestasi akademik anak-anak mereka. Selain itu, ibu bapa terlalu sibuk dan juga kekurangan kepakaran untuk membimbing anak-anak mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi guru, faktor. Kelas tuisyen
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11916
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Jan 2011 01:47
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page