Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyeliaan pengajaran di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) daerah Kulai, Johor.

Said, Hamdan and Rammasamy, Kalianand (2011) Penyeliaan pengajaran di sekolah jenis kebangsaan (Tamil) daerah Kulai, Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
27kB

Abstract

Tujuan utama kajian ini adalah untuk mengenalpasti penyeliaan pengajaran di lima buah Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai, Johor. Seramai 120 orang guru terlibat dalam kajian ini. Jawapan yang mereka berikan melalui soalselidik yang diedarkan telah dianalisis ke dalam bentuk kekerapan, peratus dan min dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Soal-selidik yang diubahsuai dari kajian terdahulu digunakan sebagai instrumen kajian. Kajian ini berbentuk tinjauan diskriptif, dengan itu kaedah statistik deskriptif menggunakan untuk menganalisa data-data yang dikumpulkan. Statistik deskriptif juga digunakan untuk menjawab persoalan-persoalan kajian. Hasil dari kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Daerah Kulai mempunyai tanggapan positif terhadap penyeliaan pengajaran yang dilaksanakan di sekolah; amalan penyeliaan pengajaran yang dijalankan di sekolah adalah tinggi; dan penyeliaan pengajaran yang diamalkan berkesan dalam meningkatkan kualiti guru, perkongsian pengalaman dan pengetahuan dalam kalangan guru, membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dan memperkukuhkan hubungan profesionalisme antara penyelia dan guru.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penyeliaan pengajaran, Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil)
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11915
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Jan 2011 01:46
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page