Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penyeliaan pengajaran di sekolah jenis kebangsaan Cina Zon Tiram, Johor.

Said , Hamdan and Lim, Seng Thay (2011) Penyeliaan pengajaran di sekolah jenis kebangsaan Cina Zon Tiram, Johor. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
69kB

Abstract

Amalan penyeliaan merupakan aspek yang penting dalam memantau keberkesanan pengajaran di sesebuah sekolah. Tujuan kajian dijalankan untuk meninjau pelaksanaan penyeliaan pengajaran di lima buah sekolah jenis kebangsaan cina di Zon Tiram, Johor. Aspek-aspek yang dikaji adalah terdiri daripada tanggapan guru terhadap penyeliaan pengajaran, tahap amalan penyeliaan pengajaran klinikal yang dijalankan di sekolah dan keberkesanan penyeliaan pengajaran. Kajian ini telah dilakukan di Zon Tiram, Johor. Seramai 217 orang responden telah dipilih secara rawak untuk menjayakan kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan di dalam kajian ini ialah soal selidik. Data-data yang diperolehi telah diproses dan dibuat analisis dengan menggunakan ‘Statistical Package For Social Sciences’ SPSS dan hasilnya dipersembahkan dalam bentuk jadual kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan telah menunjukkan bahawa para responden mempunyai tanggapan yang negatif terhadap amalan penyeliaan pengajaran, amalan penyeliaan pengajaran klinikal yang dijalankan di sekolah juga berada pada tahap sederhana tinggi dan keberkesanan penyeliaan pengajaran pula hanya mencapai tahap kurang berkesan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penyeliaan, pengajaran, tanggapan guru
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11914
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Jan 2011 01:44
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page