Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerapan unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi topik Teorem Pythagoras

Kailani, Ismail and Kumarasamy, Komala (2011) Penerapan unsur sejarah dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik bagi topik Teorem Pythagoras. unspecified . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
155Kb

Abstract

Penerapan unsur sejarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu aspek yang diberikan tumpuan khas dalam sukatan pelajaran matematik. Justeru, kajian ini disediakan untuk mendedahkan unsur sejarah dalam pembelajaran matematik khasnya bagi topik teorem Pythagoras. Teorem Pythagoras adalah salah satu elemen penting dalam bidang matematik khususnya bidang geometri. Teorem ini telah berkembang sejak 2500 tahun yang lalu, menyatakan jika x dan y adalah sisi-sisi terkecil segitiga tepat dan z adalah hipotenus, jadi x2 + y2 = z2. Teorem Pythagoras dipercayai dijumpai oleh Pythagoras dan pengikutnya yang dikenali sebagai Pythagoren. Namun, orang Mesir, Cina dan India juga mengetahui tentang teorem ini. Dalam kajian ini, telah dipermukakan empat jenis teknik pengajaran pembuktian teorem Pythagoras yang mudah dan berkesan iaitu teknik penemuan, teknik keratan, teknik transformasi geometri, dan pembutkian oleh Presiden Garfield. Teknik penemuan merupakan teknik yang menggunakan bahan konkrit seperti kertas bintik dan batang ‘Cuisenaire’ untuk membuktikkan teoram Pythagoras. Teknik keratan merupakan teknik pemotongan kertas dan teknik transformasi geometri berasaskan pemahaman translasi dan putaran. Pembutkian oleh Presiden Garfield pula menggunakan hubungan luas trapezium. Diharap dapatan kajian ini memperkayakan pengetahuan dan kefahaman kita terhadap teorem Pythagoras dan menjadi perangsang kepada kita untuk mendalami lagi sejarah matematik.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:unsur sejarah, pengajaran dan pembelajaran (P&P), matematik, Teorem Pythagoras
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11913
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Jan 2011 01:42
Last Modified:28 Jan 2011 01:42

Repository Staff Only: item control page