Yasin, M. Al. Muzzammil and Matrawi, Kamariah (2011) Komunikasi interpersonal guru besar dan komitmen guru di sekolah rendah zon Maharani Muar. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-11. (Unpublished)
|
PDF
107kB |
Abstract
Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti Komunikasi Interpersonal Guru Besar dan Komitmen Guru di Sekolah Rendah Zon Maharani, Muar,Johor. Dua jenis Model Komunikasi Interpersonal dikaji hubungannya dengan Komitmen Guru. Seramai 217 orang guru dilibatkan dalam kajian ini bagi menjawab set soal selidik yang mengandungi 59 item yang mewakili dimensi yang dikaji. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (Version 16.0) bagi mendapatkan nilai frekuensi, peratusan, min, korelasi, Ujiant dan Anova bagi kajian. Dapatan menunjukkan bahawa semua dimensi yang dikaji berada pada tahap tinggi dengan nilai min bagi jenis Komunikasi Interpersonal iaitu Model Humanistik dan Model Pragmatik masingmasing mendapat nilai min 3.814 dan 3.825. Model Humanistik Keterbukaan mencapai min terendah iaitu 3.745 manakala Model Pragmatik Daya Ekspresif mencapai min tertinggi iaitu 3.907. Bagi komitmen guru telah mencapai min yang tinggi iaitu 4.267. Korelasi antara model komunikasi interpersonal yang diamalkan oleh Guru Besar dan komitmen guru juga dikaji. Nilai korelasi adalah 0.598, bermaksud terdapat hubungan yang positif tetapi sederhana. Beberapa cadangan kajian lanjutan diberikan bagi tujuan penambahbaikan kajian.
Item Type: | Article |
---|---|
Uncontrolled Keywords: | komunikasi interpersonal, guru besar, komitmen guru |
Subjects: | L Education > L Education (General) |
Divisions: | Education |
ID Code: | 11912 |
Deposited By: | Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya |
Deposited On: | 28 Jan 2011 01:40 |
Last Modified: | 08 Feb 2017 04:14 |
Repository Staff Only: item control page