Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah

Mohd Tahir, Lokman and Saleh, Kalsom (2011) Implikasi latihan dalaman kepada guru-guru sekolah rendah. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-9. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
34kB

Abstract

Keberkesanan latihan dalaman masih lagi menimbulkan persoalan dan memerlukan kajian lanjutan tentang hasilnya. Oleh itu, kajian ini dilakukan bagi melihat penilaian guru-guru terhadap pengajaran dan pembelajaran yang merujuk kepada komponen faktor-faktor keperluan latihan dalaman dan mengenalpasti kesan latihan dalaman dalam meningkatkan kemahiran mengajar guru. Penilaian juga dilakukan berdasarkan faktor demografi terpilih iaitu pengalaman mengajar dan juga umur. Kajian ini juga melihat perbezaan antara pengalaman mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman dan seterusnya juga melihat hubungan antara kesan latihan dalaman dengan faktor keperluan latihan dalaman. Responden kajian terdiri daripada 156 orang guru di sembilan buah sekolah kebangsaan di Zon Tiram, Johor Bahru. Kajian ini menggunakan instrumen soal selidik sementara ujian t dan ANOVA digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Nilai min keseluruhan yang diperolehi ialah 4.02 dan menunjukkan bahawa tahap penilaian adalah tinggi. Kajian ini juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan antara pengalaman mengajar guru dengan keperluan latihan dalaman serta tidak terdapat hubungan yang signifikan antara kesan latihan dalaman dengan faktor keperluan guru. Sehubungan itu, kajian ini juga mencadangkan agar pihak penganjur terutama pihak sekolah sentiasa mengenalpasti tentang keperluan guru dari masa ke semasa dalam meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:latihan dalaman, kesan, guru sekolah rendah
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11910
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Jan 2011 01:37
Last Modified:08 Oct 2017 03:41

Repository Staff Only: item control page