Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di Felda Nitar 02, Mersing, Johor : satu tinjauan

Mohd Said, Mohd Rizal and Azeman, Lizawati (2011) Amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga di Felda Nitar 02, Mersing, Johor : satu tinjauan. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-7. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
47kB

Abstract

Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenalpasti amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga bagi empat aspek iaitu kaedah memasak, kebersihan makanan, pengetahuan asas dan penglibatan ahli keluarga. Kajian dijalankan dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen kepada 176 orang surirumah di Felda Nitar 02, Mersing, Johor. Data dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Sciences (SPSS) versi 14.0 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Nilai Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.739. Dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai amalan yang sederhana daripada kaedah memasak dan penglibatan ahli keluarga tetapi bagi kebersihan makanan dan pengetahuan asas, dapatan kajian menunjukkan responden mempunyai amalan yang tinggi. Beberapa cadangan telah dikemukakan bagi menambah baik amalan surirumah terhadap penyediaan makanan untuk keluarga. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang juga turut dicadangkan.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:surirumah, penyediaan makanan, keluarga
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11909
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:28 Jan 2011 01:35
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page