Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran guru-guru teknikal.

Arsat, Mahyuddin and Khalip, Hasnisham (2011) Penggunaan perisian multimedia dalam pengajaran guru-guru teknikal. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
100kB

Abstract

Kehadiran teknologi multimedia merupakan saluran yang penting bagi penyebaran maklumat dalam pengajaran dan pembelajaran manakala guru-guru merupakan kunci kejayaan kepada aplikasi teknologi multimedia tersebut. Sehubungan dengan itu, kajian ini bertujuan untuk meninjau penggunaan perisian multimedia di kalangan guru-guru Teknikal dalam proses pengajaran dan pembelajaran di empat buah sekolah Men Teknik di Daerah Johor Bahru. Kajian ini melibatkan guru Teknik di daerah Johor Bahru. Instrumen kajian yang telah digunakan ialah set soalan soal selidik yang dibahagikan kepada dua bahagian. Data yang diperolehi telah diproses dengan menggunakan Statistical Package for Social Science, Version 12.0 (SPSS). Hasil penganalisaan data diterangkan dalam bentuk kekerapan, peratusan dan min. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah perisian yang gemar digunakan ialah ‘Tutorial’, ‘Latih Tubi’ dan ‘Demonstrasi’. Manakala kekerapan guru-guru menggunakan perisian multimedia adalah rendah. Persepsi guru dalam penggunaan perisian multimedia adalah pada aras tinggi manakala masalah yang di adapi oleh guru dalam penggunaan perisian multimedia pula adalah pada aras sederh na. Melalui kajian ini beberapa tindakan boleh diambil untuk meningkatkan kemahiran berkomputer kepada mereka diantaranya dengan memperbanyakkan kursus-kursus kemahiran komputer seperti kursus intensif, bengkel dan sebagainya untuk menghasilkan sendiri perisian multimedia berkait dengan matapelajaran yang diajar.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:Perisian Multimedia, guru teknikal
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11908
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Jan 2011 03:23
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page