Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Kemahiran generik dalam latihan industri terhadap pembentukan kerjaya jurutera di Dyson Manufacturing Sdn Bhd

Arsat, Mahyuddin and Rahim, Sri Dewi (2011) Kemahiran generik dalam latihan industri terhadap pembentukan kerjaya jurutera di Dyson Manufacturing Sdn Bhd. unspecified . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
153Kb

Abstract

Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti amalan kemahiran generik dalam latihan industri kepada pembentukan kerjaya jurutera dan juga kepentingannya bagi memperlengkapkan jati diri graduan ke arah bidang pekerjaan. Matlamat utama kajian ini adalah untuk mengetahui adakah amalan kemahiran generik yang dilakukan dalam latihan industri berkesan kepada pembentukan kerjaya sebagai jurutera. 144 set boring soal selidik telah diedarkan kepada respondan kajian di Syarikat Dyson Manufacturing Sdn Bhd Senai Johor. Respondan kajian terdiri daripada jurutera-jurutera syarikat berkenaan yang secara umumnya pernah menjalani program latihan industri. Data mentah dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 untuk mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil analisis menunjukkan tahap amalan kemahiran generik yang dilakukan dalam latihan industri adalah tinggi. Jurutera juga didapati memberikan komitmen yang baik untuk meningkatkan penguasaan kemahiran generik dalam memenuhi permintaan pasaran kerja. Disamping itu juga, analisis mendapati amalan kemahiran generik yang dilakukan dalam latihan industri adalah berkesan kepada pembentukan kerjaya jurutera. Adalah diharapkan agar kajian ini dapat member panduan kepada pihak yang terlibat untuk memantapkan lagi amalan kemahiran generic dalam latihan industri pada masa hadapan dan seterusnya melahirkan jurutera yang berktrampilan, berdedikasi dan beriltizam tinggi terhadap profesionalisma mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:kemahiran generic, latihan industri, jurutera, Dyson Manufacturing Sdn Bhd
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11907
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Jan 2011 03:21
Last Modified:27 Jan 2011 03:21

Repository Staff Only: item control page