Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Tekanan dalam kalangan peserta program khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia dan impaknya terhadap prestasi mengurus sekolah dan tahap kesihatan

Tahir, Lokman and Sukor, Kadam (2011) Tekanan dalam kalangan peserta program khas Pensiswazahan Guru Besar di Universiti Teknologi Malaysia dan impaknya terhadap prestasi mengurus sekolah dan tahap kesihatan. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-13. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
52kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap tekanan dalam kalangan peserta Program Khas Pensiswazahan Guru Besar (PKPGB) di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Di samping itu, kajian ini juga adalah untuk mengenal pasti punca-punca tekanan yang mereka hadapi dan impaknya terhadap prestasi mengurus sekolah dan tahap kesihatan. Data bagi kajian ini diperolehi melalui instrumen soal selidik yang dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan 5 skala lima mata Likert. Seramai 55 orang peserta Program Khas Pensiswazahan Guru Besar Kohort 1/2006 di Universiti Teknologi Malaysia terlibat menjadi responden. Dalam kajian ini, data dianalisis dengan statistik diskriptif dan inferensi. Bagi menguji hipotesis kajian, korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menentukan tahap hubungan antara punca-punca tekanan yang dikaji dengan impaknya terhadap prestasi mengurus sekolah dan tahap kesihatan guru besar-guru besar tersebut. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tekanan yang dialami oleh kalangan peserta adalah pada tahap yang sederhana. Di samping itu, kesemua empat punca tekanan yang dikaji tidak memberi kesan yang besar kepada tahap tekanan dalam kalangan peserta program tersebut. Faktor utama yang menyumbang kepada tekanan tersebut adalah masalah dalam mengurus sekolah. Dapatan dari pengujian hipotesis turut menunjukkan bahawa kesemua empat punca tekanan dalam kalangan peserta PKPGB mempunyai hubungan yang signifikan dengan prestasi mereka mengurus sekolah dan tahap kesihatan. Beberapa cadangan hasil dari kajian ini juga diutarakan untuk mengimbangi tekanan yang di alami peserta PKPGB.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:tekanan, peserta program khas pensiswazahan guru besar, impak prestasi mengurus sekolah, tahap kesihatan
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11905
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Jan 2011 03:16
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page