Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembinaan instrumen penilaian untuk menilai perisian CDROM Interaktif (CDRI) matapelajaran Fizik sekolah menengah kebangsaan

Hassan, Johari and Arifin, Juwairiah (2011) Pembinaan instrumen penilaian untuk menilai perisian CDROM Interaktif (CDRI) matapelajaran Fizik sekolah menengah kebangsaan. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
43kB

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membina satu instrumen penilaian iaitu Borang Penilaian CDRI Matapelajaran Fizik yang boleh digunakan untuk membantu para guru, penilai/ pembangun perisian, penyelidik dan individu menilai kandungan perisian PBK dengan lebih komprehensif dan praktikal pada setiap aspek dalam perisian CDRI matapelajaran Fizik. Secara khususnya, instrumen penilaian yang dihasilkan dikaji dengan menggunakan kaedah kuantitatif melalui soal selidik soalan terbuka untuk menganalisa apakah pandangan, komen, serta cadangan untuk penambahbaikan kesesuaian instrumen yang dibina. Kajian dijalankan terhadap 2 orang pakar bidang multimedia, 49 orang guru matapelajaran fizik, dan 4 orang guru matapelajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi secara berperingkat. Seterusnya, semua data yang diperolehi melalui instrumen penilaian dianalisa menggunakan statistik deskriptif. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini ialah 0.947. Nilai skor min yang diperolehi adalah 3.7930, menunjukkan nilai ini berada tahap keberkesanan perisian yang tinggi. Secara keseluruhannya, hasil kajian mendapati instrumen penilaian yang dibina ini masih kurang sesuai digunakan secara komperehensif, namun boleh digunakan secara praktikal.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:instrument penilaian, CDROM Intreraktif (CDRI), Fizik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11903
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Jan 2011 03:12
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page