Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Gaya pembelajaran dan kesannya terhadap penglibatan pelajar tahun akhir kursus SPP, SPK dan SPT Fakulti Pendidikan dalam persekitaran E-Pembelajaran

Harun, Jamalludin and Hamzah, Ilani (2011) Gaya pembelajaran dan kesannya terhadap penglibatan pelajar tahun akhir kursus SPP, SPK dan SPT Fakulti Pendidikan dalam persekitaran E-Pembelajaran. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-11. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
44kB

Abstract

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengetahui gaya pembelajaran pelajar tahun akhir dan juga untuk mengkaji perkaitan antara gaya pembelajaran dan kesan terhadap penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran di UTM. Responden kajian adalah terdiri daripada 69 orang pelajar-pelajar tahun akhir 4SPP, 4SPT dan 4SPK Fakulti Pendidikan, UTM. Gaya pembelajaran yang digunakan didalam kajian ini adalah Gaya Pembelajaran Kolb. Instrumen kajian terdiri daripada 1 set boring soal selidik yang mengandungi 39 item terdiri daripda 4 bahagian. Nilai kebolehpercayaan alpha yang diperoleh adalah 0.832. Data dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statictical Packages for Sosial Science (SPSS) versi 11.5 dan dipersembahkan dalam bentuk peratusan dan min bagi setiap item didalam borang soal selidik. Penggunaan sistem E-Pembelajaran adalah pada tahap tinggi iaitu lebih daripada 70% responden mengakses E-Pembelajaran antara 2 hingga 5 kali dalam seminggu manakala 11.6% mengakses setiap hari. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakkan pelajar bersetuju sistem E-Pembelajaran memberikan bahan yang berguna yang membantu proses P&P pelajar adalah kandungan isi pembelajaran. Kesemua faktor-faktor dalam kategori ini memberikan nilai min yang tinggi iaitu 3.83. Selain itu, dapatan berikutnya menyatakan kebanyakkan responden cenderung mempunyai gaya pembelajaran jenis Asimilasi. Akhirnya, didapati hubungan yang singnifikan antara gaya pembelajaran dengan penglibatan pelajar didalam E-Pembelajaran (r=0.419). Kesimpulannya, keputusan daripada kajian ini mendapati bahawa perkaitan antara gaya pembelajaran dan kesan terhadap penglibatan pelajar dalam persekitaran E-Pembelajaran adalah pada tahap sederhana.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:gaya pembelajaran, kesan, penglibatan pelajar, E-Pembelajaran
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11900
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:27 Jan 2011 03:07
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page