Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Mohamed, Mohini and Ishak, Tuah (2011) Persepsi pelajar Universiti Teknologi Malaysia terhadap pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
123kB

Abstract

Pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) telah mendapat perhatian bukan sahaja para penyelidik bahkan para ibu bapa, pelajar dan para guru. Dalam konteks kajian ini, tiga aspek iaitu kesediaan, minat dan keyakinan pelajar telah dikaji. Seramai 309 orang pelajar tahun tiga daripada Fakulti Pendidikan, Fakulti Sains dan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor telah terlibat dalam kajian ini. Alat kajian yang digunakan untuk mengukur tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah set soal selidik yang mengandungi 34 item berskala Likert yang mempunyai lima pilihan respon beserta dua soalan terbuka. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah ? = 0.895. Analisa statistik deskriptif telah digunakan dalam tatacara menganalisa data. Secara keseluruhannya, tahap kesediaan, minat dan keyakinan pelajar adalah pada tahap sederhana dan kurang memuaskan. Hubungan antara aspek-aspek kajian pula adalah sederhana tetapi signifikan. Walaubagaimanapun, majoriti pelajar bersetuju dengan perlaksanaan polisi terbabit dan menyatakan bahawa ianya penting bagi penguasaan bahasa Inggeris serta kerjaya dan masa depan mereka.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:persepsi pelajar, pengajaran dan pembelajaran, Sains dan Matematik, Bahasa Inggeris
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11896
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Jan 2011 03:26
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page