Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penilaian pengajaran pensyarah program Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan,UTM berdasarkan persepsi pelajar 4 SPH (Perdana)

Md Johan, Othman and Nong Chik, Syarina Azura (2011) Penilaian pengajaran pensyarah program Kemahiran Hidup, Fakulti Pendidikan,UTM berdasarkan persepsi pelajar 4 SPH (Perdana). Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-8. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
62kB

Abstract

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menilai pengajaran pensyarah program kemahiran hidup di Fakulti Pendidikan yang merangkumi empat aspek iaitu tahap persediaan pensyarah, tahap penyampaian pensyarah, tahap kesesuaian bahan bantu mengajar, keperibadian dan ikhtisas pensyarah. Dalam kajian ini semua pelajar 4 SPH (perdana) iaitu seramai 71 orang terlibat sebagai responden. Instrumen kajian digunakan adalah satu set soal selidik dengan nilai indeks kebolehpercayaan item bersamaan dengan 0.820. Perisian SPSS 15.0 digunakan untuk mendapatkan kekerapan, peratusan dan nilai min bagi item–item yang telah dikemukakan. Hasil kajian ini menunjukkan pelajar memberikan penilaian yang baik terhadap pengajaran pensyarah dalam keempat aspek yang di nilai. Secara keseluruhannya nilai purata min bagi keempat-empat aspek tersebut ialah 3.92. Min bagi tahap persediaan pensyarah ialah 4.01, manakala bagi tahap penyampaian pensyarah, tahap kesesuaian bahan bantu mengajar, keperibadian dan ikhtisas pensyarah ialah 3.93, 3.82 dan 3.92. Berdasarkan dapatan kajian ini, beberapa cadangan dikemukakan untuk meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:pengajaran pensyarah, Kemahiran Hidup, persepsi pelajar
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11895
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Jan 2011 03:24
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page