Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul pembelajaran kendiri berasaskan rekabentuk Teori Beban Kognitif bagi subjek Pengaturcaraan Web

Atan, Noor Azean and Tambai @ Muniandy, T.Komate (2011) Penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul pembelajaran kendiri berasaskan rekabentuk Teori Beban Kognitif bagi subjek Pengaturcaraan Web. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-10. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
94kB

Abstract

Proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan memerlukan bahan pengajaran yang sistematik serta bersesuaian dengan kebolehan seseorang pelajar. Salah satu kaedah yang boleh digunakan ialah penggunaan modul pembelajaran kendiri. Justeru itu, penyelidik mengkaji penerimaan pelajar terhadap penggunaan modul pembelajaran kendiri berasaskan rekabentuk Teori Beban Kognitif bagi subjek Pengaturcaraan Web di kalangan pelajar tahun tiga dari program Jabatan Multimedia, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia yang mengikuti subjek Bahasa Pengaturcaraan III (SPM 3122) pada semester 2007/08. Seramai 105 orang responden yang berpengalaman bekerja sebagai guru telah dipilih untuk kajian ini. Data telah dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package For Social Science for Windows (SPSS 11.5) untuk mendapatkan kekerapan, peratusan, min dan sisihan piawai bagi setiap item. Kesemua faktor yang dikaji iaitu tahap penerimaan pelajar terhadap penggunaan, kandungan dan rekabentuk modul pembelajaran kendiri bagi subjek pengaturcaraan web berasaskan rekabentuk teori beban kognitif berada pada tahap yang tinggi di antara 3.47 dan 4.06. Hasil daripada analisis data menunjukkan tahap penerimaan pelajar adalah tinggi terhadap penggunaan modul pembelajaran kendiri. Pelajar juga mempunyai persepsi yang positif terhadap rekabentuk iaitu susunan kandungan maklumat dan rekaletak gambarajah modul pembelajaran kendiri.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:penerimaan pelajar, modul pembelajaran kendiri, rekabentuk teori beban kognitif, subjek pengaturcaraan web
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11893
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Jan 2011 03:20
Last Modified:08 Feb 2017 04:14

Repository Staff Only: item control page