Universiti Teknologi Malaysia Institutional Repository

Pembangunan sistem pemarkahan dalam talian berasaskan rubrik bagi sekolah menengah rendah

Sidek, Rosni Zamuddin Shah and Syed Abdul Rahman, Syed Mohd. Fairul Ariffin (2011) Pembangunan sistem pemarkahan dalam talian berasaskan rubrik bagi sekolah menengah rendah. Journal of Science & Mathematics Education . pp. 1-6. (Unpublished)

[img]
Preview
PDF
96kB

Abstract

Projek ini adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah perisian system pemarkahan dalam talian berasaskan rubrik bagi sekolah menengah rendah dalam membantu mempercepatkan proses pemarkahan di mana skop utama ialah kepada keputusan akademik pelajar dalam sesebuah sekolah. Sistem ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver CS3 dan MySQL sebagai perisian utama . Kajian-kajian lepas, telah membuktikan terdapat banyak variasi yang memainkan peranan dalam pencapaian prestasi sesebuah sekolah tetapi kebanyakkan secara konvensional dan terhad penggunaannya. Difokuskan kepada system pendidikan di Malaysia, asas kajian untuk projek sarjana muda ini adalah untuk mewujudkan ruang baru yang akan membantu Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan, terutamanya di peringkat sekolah. Sistem yang dibangunkan ini akan memberikan kelebihan ketara, satu sistem dalam pengurusan sekolah untuk meningkatkan prestasi secara efisien dan efektif. Ini kerana sistem ini adalah satu pelaburan bijak yang bertindak sebagai resolusi komprehensif, di mana implementasinya akan mengurangkan beban pengulangan data, menjimatkan masa dan mengurangkan daripada aktiviti yang tidak memberi manfaat kepada pengurusan sekolah di dalam meningkatkan prestasi. Maka, ia memberi keluangan kepada sekolah untuk menyalurkan masa kepada aktiviti perancangan dan perlaksanaan, kesinambungan daripada pembangunan system pemarkahan peperiksaan ini. Dengan adanya sistem pemarkahan dalam talian ini, diharap akan membantu kepada penyelidikan pada masa hadapan untuk meningkatkan sistem ini untuk kegunaan semua peringkat persekolahan di Malaysia di masa kehadapan serta dapat dijadikan satu sistem yang utama bagi Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memantau prestasi keseluruhan peperiksaan yang dijalankan di sekolah.

Item Type:Article
Uncontrolled Keywords:sistem pemarkahan dalam talian, Rubrik
Subjects:L Education > L Education (General)
Divisions:Education
ID Code:11892
Deposited By: Assoc. Prof Dr Azizi Yahaya
Deposited On:26 Jan 2011 03:18
Last Modified:08 Oct 2017 03:27

Repository Staff Only: item control page